Lepas Padam Video, Suami Pavithra Akan Buat Kemunculan Semula Petang Ini

Ipoh – Peminat YouTuber sensasi Sugu Pavithra boleh melihat semula kemunculan pasangan itu di saluran mereka selewat-lewatnya pada petang ini.

M Sugu, 29, berkata, beliau menjangkakan video baharu akan dimuat naik di YouTube ‘Sugu Pavithra’ pada petang ini jika segala perbincangan dengan beberapa pihak selesai.

Sugu, suami kepada S Pavithra, 28, yang juga YouTuber masakan mengakui telah memadam semua 98 video di saluran berkenaan yang dimuat naik sejak Januari lalu atas beberapa faktor peribadi.

“Saya sendiri yang padam semua video itu selepas apa yang terjadi (didakwa di mahkamah),” katanya kepada Bernama hari ini.

Pada 24 Julai, Sugu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memiliki senjata berbahaya dan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu sabit pada Selasa lepas, namun Pavithra mengakui memaafkan perbuatan suaminya itu.

Selain itu, Pavithra ketika ditemui di mahkamah juga berkata, mereka enggan menerima sebarang pengiktirafan atau penganugerahan ikon, sebaliknya mahu menumpu kepada penghasilan video masakan menerusi saluran YouTube seperti biasa.

Sugu yang juga bekas pekerja sebuah syarikat perladangan swasta di Sungai Siput turut mengakui hilang pendapatan daripada YouTube yang dianggap lumayan susulan memadam semua video.

“Tapi tidak mengapa, kerana saya ada tangan, kaki cukup boleh cari kerja. Sebelum (menjadi YouTuber) ini pun punca pendapatan dengan bekerja,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikut setia yang kini berjumlah 787,000 orang.

Sebelum ini, media melaporkan polis menahan Sugu yang dalam keadaan mabuk membawa sabit mencari adik iparnya kerana masalah keluarga di luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Selasa petang.

Kejadian itu berpunca akibat salah faham antara suspek dengan isterinya berkaitan satu majlis yang berlangsung sehari sebelum itu.

Bernama adalah media pertama melaporkan kisah pasangan tersebut pada 8 Mei lalu yang ketika itu mempunyai sejumlah 420,000 pelanggan.

Empat hari selepas itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menghadiahi pasangan suami isteri berkenaan satu unit tripod dan beberapa barangan lain. – Bernama

Topik Hangat

Karenah polis larang rentas negeri buat anak terkilan cuma sempat lihat tubuh kaku abah

KUALA LUMPUR - Larangan rentas negeri ternyata benar-benar mengundang sesal tidak berkesudahan si anak apabila tidak mendapat kebenaran polis untuk membawa ayahnya mendapatkan rawatan...

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

Berita Berkaitan

Semua Sekolah Di KL, Putrajaya Ditutup Mulai Esok – KPM

KUALA LUMPUR - Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup esok dan lusa. KPM menerusi kenyataan hari ini...

Penggunaan Katil Pesakit Covid-19 Di HSB Capai Tahap Kritikal – Exco Kedah

ALOR SETAR - Penggunaan katil pesakit Covid-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini sudah mencapai tahap kritikal iaitu sebanyak 92 peratus setakat Isnin. Exco...

17 Kematian, 3,744 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA - Kes COVID-19 di negara ini terus menunjukkan peningkatan apabila 3,744 kes baharu direkodkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham...