Isu Moratorium Antara Menarik Perhatian Dewan Rakyat Hari Ini

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan – Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu, kata pakar Perlembagaan Prof Dr...

Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah...

Emir Kuwait Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

EMIR Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, telah meninggal dunia pada usia 91 tahun setelah memerintah negara Teluk selama 14 tahun, para pegawai mengumumkan...

Lepas UMNO Cium, Katak Menjadi Putera Raja, Kata Khaled

Kuala Lumpur - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin secara sinis mengeluarkan kenyataan sindiran terhadap konflik politik yang berlaku di Sabah. Bekas menteri...

Jika BN Adalah Beban, Elok PN Segera Tamatkan Kerjasama Politik – Nazir

Kuala Lumpur - Sebarang kerjasama politik yang dibentuk harus dengan ada keikhlasan bukannya mendabik dada paling kuat dan paling bersih. Menurut Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa,...

KUALA LUMPUR – Isu lanjutan tempoh moratorium kewangan bagi membantu perniagaan dan individu terjejas akibat pandemik COVID-19 antara perkara yang bakal dibincangkan dalam persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Lim Guan Eng (PH-Bagan) dijadual mengemukakan soalan kepada Menteri Kewangan mengenai sama ada moratorium kewangan oleh bank-bank yang akan berakhir 30 Sept depan akan dilanjutkan enam bulan lagi.

Lim yang juga bekas Menteri Kewangan juga mahu tahu bantuan yang akan diberikan kepada peniaga dan individu untuk pinjaman perumahan, kad kredit dan kenderaan, sekiranya moratorium tersebut tidak dilanjutkan.

Selain itu, Yamani Hafez Musa (Bersatu-Sipitang) pula dijangka bertanyakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai sambutan pengusaha pelancongan dan rakyat terhadap galakan kerajaan mempromosi kempen melancong dalam negeri (domestik) pasca COVID-19.

Sidang dewan yang memasuki hari kesembilan hari ini juga bakal menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Tumpuan juga dijangka terarah kepada pembentangan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata pindaan Akta Pengangkutan Jalan akan membabitkan Seksyen 41 hingga 45 yang berkaitan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara melulu untuk membolehkan hukuman lebih berat dikenakan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos berpandukan kebiasaan baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Pelantikan Tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah Tidak Langgar Perlembagaan – Shamrahayu

KUALA LUMPUR: Pelantikan tiga Timbalan Ketua Menteri bagi Kerajaan Negeri Sabah tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan negeri itu, kata pakar Perlembagaan Prof Dr...

Penularan COVID-19 Masih Terkawal, Kadar Kebolehjangkitan 1.39

PUTRAJAYA: Penularan COVID-19 di Malaysia masih lagi terkawal dengan kadar kebolehjangkitan (RO), atau disebut ‘R-Naught’ adalah kurang daripada 1.6 dengan kadar ketika ini adalah...

Tak Perlu Kuarantin Jika Tiada Gejala, Ujian Negatif, Tiada Kontak Rapat – Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA – Individu yang baru pulang dari Sabah dan diuji negatif Covid-19, tidak bergejala dan tidak mempunyai kontak rapat dengan individu positif tidak perlu...