Microsoft Store Diseluruh Dunia Akan Ditutup

- Advertisement -

MENGAKU kalah dengan bidang peruncitan, Microsoft akan menutup semua pusat jualannya yang dikenali sebagai Microsoft Store di seluruh dunia, melainkan di 4 lokasi sahaja, itupun untuk tujuan penjenamaan dan pengalaman pelanggan, tanpa menjual sebarang produk.

4 lokasi itu adalah di New York, London, Sydney dan kampus Redmond (ibu pejabat Microsoft). Menariknya, Microsoft Store di London baru sahaja dibuka bulan lepas.

Menurut sumber, penutupan semua pusat penjualan tersebut dirancang untuk dilakukan pada tahun depan tapi berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang, ia dipercepatkan. Kenyataan ini masuk akal kerana pelancaran produk X-Box Siri X baru-baru ini memberi indikasi bahawa semua Microsoft Store ini perlu dibuka untuk meningkatkan lagi penjualannya.

Keputusan besar ini menjelaskan kenapa selepas kebanyakkan sektor ekonomi di buka di Amerika Syarikat dan seluruh dunia, Microsoft masih tidak membuka walau sebuah pun Microsoft Storenya – majoriti besarnya berada di dalam pusat membeli belah utama, selepas semuanya ditutup berikutan pandemik Covid-19.

Microsoft Store mula beroperasi sejak 2009, dilihat untuk menyaingi kejayaan Apple Store. Setiap Microsoft Store akan menjadi pusat pertunjukkandan untuk pelanggan merasai sendiri pengalaman mencuba produk Microsoft seperti Surface dan Xbox. Setiap kakitangannya mahir dengan sistem operasi Wndows dan di sesetengah tempah, syarikat itu turut menawarkan khidmat pembaikan dan latihan.

Semua pusat penjualan ini ditutup sebelum Microsoft sempat memperkenalkan produk terbarunya seperti Surface Book 3, Surface Go 2, Surface Earbuds dan Surface Headphones 2 – The Verge

Olahan dan Terjemahan: SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat