Aura pelakon genit

- Advertisement -

AURA dan pesona pelakon genit ini sememangnya terletak pada karakter manis serta wajah jelitanya.

Eyka Farhana bertuah memiliki kelebihan itu di samping bakat seninya yang semakin mendapat perhatian.

Di sebalik anugerah itu, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 25, akui ada kontranya juga terutama dari segi penawaran watak, dia kerap mendapat watak agak ringan seperti pelajar atau gadis baik.

Namun, dia bersyukur apabila kepercayaan terhadapnya untuk memegang watak berat semakin terbuka.

Tentu sekali perkara itu membuatnya lega dan dia mahu transisi corak lakonannya sentiasa meningkat.

“Watak saya dari dulu hanya sebagai pelajar sekolah, jadi budak baik. Namun, lama-lama saya rasa penerbit dan pengarah sudah nampak sisi lain saya. Kebelakangan ini saya dapat merasa membawa watak berat.

EYKA sangat gembira dapat kembali bekerja.
EYKA sangat gembira dapat kembali bekerja.

“Ia termasuk watak psiko dan watak yang lebih matang. Kalau tak sebelum ini, mungkin dengan tubuh saya yang kecil, mereka cuma nampak saya sesuai bawa watak seperti saya sebutkan itu.

“Semakin lama, mereka sudah yakin untuk memberikan saya watak lebih berat. Cuma tidak selalu, jarang juga saya dapat watak sebegitu berbanding watak gadis remaja yang lebih kerap,” katanya.

Bagaimanapun, profil seni Eyka semakin mekar apabila baru-baru ini terbabit dalam siri adaptasi dari barat, Pretty Little Liars versi Asia.

Diterbitkan sepenuhnya sebuah produksi Indonesia, dia satu-satunya pelakon Malaysia terpilih memegang watak utama.

Pencapaian itu semestinya membuka laluan buatnya untuk melebarkan sayap kerjaya ke Indonesia pula.

Berbekalkan pakej yang cukup komersial, tidak mustahil dia mudah mengaut pengikut dari negara itu pula.

Demikian juga azam Eyka yang kini sentiasa mencari ruang untuk menembusi pasaran di sana.

Pastinya, bersinar di Indonesia menjadi antara cita-citanya demi meluaskan lagi empayar kerjayanya luar dari Malaysia.

“Alhamdulillah, saya sudah mula mengumpul peminat dari Indonesia dan mereka memberi sokongan padu. Bagaimanapun, buat masa sekarang, belum lagi ada apa-apa tawaran daripada produksi Indonesia.

“Namun, jika diberi peluang dan ada rezeki bekerjasama dengan mereka sekali lagi, saya pasti terima. Saya harap pembabitan dalam Pretty Little Liars itu akan jadi pembuka jalan,” katanya.

Bercerita mengenai aktiviti seninya, Eyka mengakui dia tidak berdepan masalah dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) setiap kali berada di lokasi penggambaran.

Malah, dia tidak merasa perkara itu menyusahkan.

IDAM mencuba bidang pengacaraan pula.
IDAM mencuba bidang pengacaraan pula.

Apapun, dia tetap mengambil langkah berhati-hati untuk dirinya sendiri memandangkan masih terbit kebimbangan terhadap jangkitan virus Covid-19.

Dia tidak mahu mengambil remeh perkara itu dan adalah penting buatnya utamakan keselamatan diri.

“Sekarang, saya sudah pun mula jalani penggambaran untuk siri My Sweet Hannan arahan Adam Hamid dan bergandingan dengan Hafidz Roshdi. Saya memang rindu untuk bekerja balik selepas lebih tiga bulan duduk rumah.

“Oleh itu, saya sangat gembira apabila dapat kembali bekerja, tapi dalam masa sama agak takut juga disebabkan penggambaran membabitkan ramai orang selain dibuat di tempat terbuka.

“Syukur, pihak produksi sangat mengutamakan SOP. Saya lebih memilih untuk mekap sendiri dan setakat ini memang tiada masalah pun apabila semuanya sangat patuh dengan SOP itu,” katanya.

Yang pasti, jadual seni Eyka selepas ini akan berterusan sibuk apalagi banyak penggambaran membabitkannya tergendala selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac lalu.

Namun, dia akur apabila ada penggambaran yang sepatutnya dibuat di luar negara terpaksa ditukar lokasinya dalam negara saja.

“Selepas penggambaran My Sweet Hannan, saya akan terbabit dalam sebuah telemovie yang sudah pun dimulakan penggambarannya sebelum PKP di Romania. Selepas ini, kita sudah tidak boleh ke luar negara untuk penggambaran dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam pada itu, Eyka juga mengintai peluang mengembangkan bakatnya dalam bidang pengacaraan.

Baginya, dia sangat berharap dapat mencabar dirinya untuk menggalas tugas sebagai pengacara pula dan melihat sejauh mana kemampuannya dalam cabang seni itu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat