Simbah asid: Tiga daripada lapan cap jari tiada dalam rekod JPN – Razaruddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Hasil semakan tiga daripada lapan kesan cap jari di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati tiada sebarang rekod ditemui.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah mendapatkan bantuan JPN bagi membuat semakan terhadap cari jari yang dianalisis pihak forensik.

“Apabila JPN periksa, tiada sebarang rekod dalam sistem, kemungkinan cap jari ditinggalkan bukan ibu jari.

“Bagaimanapun, kita giat mencari bukti-bukti bagi siasatan kes terbabit,” lapor Sinar Harian.

Sebelum ini, media melaporkan hasil analisa mendapati lima daripada lapan cap jari ditemukan di lokasi kejadian, tidak cukup sifat.

Razarudin dilaporkan berkata, baki tiga cap jari lagi tidak mempunyai padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia berkemungkinan individu berkenaan tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

Susulan itu, polis mengedarkan fotofit atau lakaran wajah individu disyaki suspek kejadian berkenaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali individu seperti lakaran itu diminta tampil bagi membantu siasatan.

Pada 9 Mei lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, polis sedang menganalisis cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian pemain negara itu disimbah asid.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat