TV9 siar perlawanan persahabatan, kelayakan Piala Asia 2023

- Advertisement -

KHAS buat peminat bola sepak Malaysia, TV9 bakal menyiarkan perlawanan persahabatan antarabangsa skuad Harimau Malaya dalam rangka persediaan untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2023.

Ia bakal dimulakan dengan perlawanan persahabatan Malaysia menentang Brunei pada 8.45 malam ini dan diikuti dengan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong pada Jumaat minggu hadapan pada waktu yang sama.

Untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 pula akan bermula 8 Jun hingga 14 Jun hadapan membabitkan 24 negara dengan enam negara yang menjadi tuan rumah.

Malaysia menjadi antara negara tuan rumah bagi pusingan kelayakan itu nanti yang bakal diadakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Juara daripada setiap kumpulan dan lima pasukan kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China nanti.

Untuk pusingan kelayakan itu, skuad Harimau Malaya diletakkan dalam Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

TV9 bakal menyiarkan perlawanan membabitkan pasukan negara untuk pusingan kelayakan itu nanti.

Jadual perlawanan persahabatan dan pusingan kelayakan

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV9, boleh layari laman web xtra serta ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia dan TikTok @TV9MalaysiaOfficial.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat