ASUS perkenal Zenbook OLED dengan spesifikasi terkini

- Advertisement -

Pengeluar laptop terkemuka, ASUS melancarkan empat variasi laptop baharu dengan penawaran barisan produk ASUS Zenbook bersama padanan spesifikasi terkini.

Variasi empat laptop berkenaan adalah ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition dengan kod produk UX5401Z, Zenbook Pro 14 Duo OLED, Zenbook Pro 16X OLED dan Zenbook 14 OLED.

Untuk variasi kelas tinggi iaitu ASUS Zenbook Pro 16X OLED, ia didatangkan dengan cip pemproses Intel Core i7-12700H bersama-sama padanan memori (RAM) 16GB LPDDR5 frekuensi kelajuan 5,200Mhz.

Laptop ini sememangnya direka khas untuk kelas prestasi tinggi termasuk tugasan kompleks berikutan skrin paparan 16:10 4K OLED HDR 60Hz dengan skrin sesentuh NanoEdge.

Ia juga didatangkan dengan kad grafik Nvidia GeForce RTX 3060 serta menyokong beberapa sambungan utama iaitu dua port untuk Thunderbolt 4 USB-C bersama-sama beberapa lagi sambungan.

Peranti ini turut menggunakan speaker Harman Kardon Dolby Atmos bersama sokongan Internet tanpa wayar (WiFi) 6E selain daripada pad sesentuh haptik ASUS NumberPad 2.0 serta ErgoSense.

Selain daripada laptop variasi berkenaan, ASUS turut memperkenalkan Zenbook Pro 14 Duo OLED yang turut menggunakan cip pemproses sama namun dibezakan dengan beberapa tetapan spesifikasi lain.

Untuk tanda harga, ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition adalah bermula RM5,599, Zenbook Pro 14 Duo OLED pada harga RM8,999, Zenbook Pro 16X OLED (RM11,999) dan Zenbook 14 OLED bermula RM4,399 mengikut variasi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat