PBB Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Isu Myanmar, Palestin – PM

- Advertisement -

UALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian konsisten Malaysia berhubung isu Palestin dan Myanmar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) TYT António Guterres melalui panggilan telefon hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, perbincangan itu diadakan setelah António menghubungi Muhyiddin melalui panggilan telefon, sekali gus menunjukkan PBB mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh Malaysia dalam isu Myanmar dan Palestin di peringkat antarabangsa.

“Dalam perbincangan itu, kedua-dua pemimpin menyatakan rasa kesal dan bimbang mengenai situasi keselamatan di Myanmar yang tidak menunjukkan perkembangan yang positif.

“Berkenaan isu itu Perdana Menteri memaklumkan bahawa Malaysia dan negara-negara ASEAN yang lain telah mengadakan pertemuan pada April yang lalu bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis di Myanmar,” menurut kenyataan itu.

Selain itu Muhyiddin turut berpandangan bahawa PBB dan ASEAN boleh bekerjasama bagi mencari jalan penyelesaian untuk menangani krisis politik di Myanmar, terutamanya melalui Five-Point Consensus yang telah dicapai semasa Mesyuarat Pemimpin- Pemimpin ASEAN itu.

Malaysia juga memaklumkan bahawa pelantikan utusan khas Pengerusi ASEAN sedang dimuktamadkan dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian secara damai demi kepentingan rakyat Myanmar.

Selain itu, kenyataan itu memaklumkan kedua-dua pemimpin tersebut juga bersetuju supaya semua pihak terlibat harus terus bekerjasama secara konstruktif dengan tujuan memastikan kestabilan politik dan ekonomi di Myanmar.

Mengenai isu Palestin pula, Perdana Menteri dan Setiausaha Agung PBB sepakat menyatakan bahawa penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin perlu dihentikan serta merta.

Kedua-dua pemimpin yang dukacita di atas keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin itu, berharap satu jalan penyelesaian terbaik perlu dicari bagi memastikan keamanan yang berpanjangan dan berkekalan untuk kedua-dua belah pihak sekali gus menamatkan konflik tersebut.

“Atas dasar itu Muhyiddin menegaskan pendirian Malaysia yang konsisten bagi penubuhan negara Palestin yang bebas dan merdeka daripada belenggu penjajahan Israel menerusi penyelesaian dua negara, berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin,” menurut kenyataan itu.

Muhyddin turut menzahirkan rasa syukur dan mengalu-alukan gencatan senjata oleh kedua-dua pihak, Israel dan pejuang Palestin di Gaza, serta menyatakan sokongan terhadap usaha PBB dan negara-negara terlibat supaya pihak yang bertelagah mematuhi gencatan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat