Ingkar SOP, 54 Kompaun Dikeluarkan

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Berkuatkuasa 12 Mei lepas, polis Putrajaya mengeluarkan 54 kompaun kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.

Ketua polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata sebanyak 39 kompaun dikenakan terhadap individu bagi kesalahan merentas daerah dah negeri serta melanggar perintah kuarantin.

“Manakala seorang dikompaun kerana menganjurkan aktiviti yang menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Sebanyak 14 individu dikompaun bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka dan gagal mendaftar masuk menerusi kod QR MySejahtera” ujarnya

Jelasnya lagi, rondaan dan pemantauan di sekitar Putrajaya akan memberi tumpuan di premis perniagaan dan pusat beli-belah untuk memastikan waktu perniagaan dihentikan 8 malam seperti yang diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Dalam pukul 7:30 malam, kereta peronda pasukan pemantauan akan memberi peringatan menerusi pembesar suara supaya peniaga dan orang awam tahu waktu yang dibenarkan akan berakhir” katanya.

Previous article
Next article
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat