Perkahwinan PH-BN Menuju Perceraian – Pemuda PAS Negeri Sembilan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu pengampunan Datuk Seri Najib Razak, pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) dan kes mahkamah Datuk Seri Zahid Hamidi hanya menjadi minyak dalam api yang sedia marak dalam hubungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Mahfuz Roslan menjangkakan perkahwinan PH dan BN sedang menuju perceraian.

Hal ini katanya, dari awal ‘perkahwinan’ hingga sekarang, perseteruan DAP-UMNO ditonjolkan tanpa berselindung.

“Bayangan dan amaran yang diberikan oleh Perikatan Nasional(PN) dahulu kini menjadi realiti. Kerjasama PH-BN sememangnya tidak lebih dari sekadar kerjasama paksa untuk kuasa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zahid.

“Seperti yang disangka, Umno di bawah Zahid hanya menjadi beban yang perlu disucikan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mahfuz juga mendakwa, DAP sebagai ‘abang besar’ dalam Kerajaan Madani pula pastinya tidak akan berdiam diri.

“Seorang demi seorang pemimpin DAP mula mempersoalkan peranan Umno dalam kerajaan PH-BN. Sebagai tindak balas, pemimpin atasan Umno juga mula menyerang pemimpin PH secara terbuka.

“Jika Umno-DAP bukan dalam kerajaan, rakyat mungkin tidak peduli. Namun sebagai parti komponen dalam Kerajaan Madani pertembungan ini secara tidak langsung telah merugikan rakyat.

“Masa dan tenaga yang sewajarnya dilaburkan untuk membina negara dan menjaga kebajikan rakyat telah dibazirkan untuk urusan ‘rumah tangga’ mereka,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, setelah empat bulan memerintah, Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri manakala Zahid berjaya kekal sebagai Presiden Umno, DAP berjaya mendominasi kerajaan, pengikut mereka juga telah diangkat di GLC-GLC namun apa pendapat rakyat?

“Rakyat perlu bersuara, rakyat perlu bangkit jika kita tidak ingin menjadi seperti kata pepatah, “gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah”.

“Mereka akan buat apa sahaja untuk kekal berkuasa dan kita perlu buat apa sahaja untuk menjaga negara daripada pemimpin yang zalim,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat