KPM Bincang Pemakaian Pelitup Muka Semula Di Sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengadakan perbincangan khas isu penularan Covid-19 dan cadangan pemakaian semula pelitup muka di sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata, perbincangan khas tersebut bagi mencari penyelesaian terbaik bagi mengekang penularan Covid-19 dan mendepani cuaca panas.

“Pagi ini mempengerusikan perbincangan khas berkait isu penularan Covid dan cadangan pemakaian pelitup muka bagi mencari penyelesaian terbaik demi keselamatan dan kesihatan anak-anak kita yang akan mula bersekolah minggu depan,” katanya di Facebook pada Khamis.

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes Covid-19, selain penularan varian baharu dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau akan mengadakan pertemuan segera dengan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, bagi membincangkan perkara itu untuk mengekang penularan semula Covid-19 di sekolah.

Beliau berkata, garis panduan berhubung prosedur operasi standard (SOP) membabitkan murid dan pelajar di sekolah akan dikeluarkan sebelum mereka memulakan persekolahan pada 2 Mei ini selepas cuti Aidilfitri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat