Cabar diri di arus deras

PERJALANAN memandu lebih sejam dari ibu negara menuju ke Kuala Kubu Bharu, Selangor sememangnya berbaloi bagi mereka yang gemarkan aktiviti alam semula jadi.

Lokasi itu cukup terkenal dengan pelbagai aktiviti lasak antaranya mendaki gunung, berbasikal dan paling menjadi sebutan sudah pasti berkayak arus deras di Sungai Selangor.

Mendengar perkongsian pengalaman Shamsul Bahrin Zainuzzaman berkayak arus deras di sungai itu sebelum Ramadan, membuatkan penulis turut ingin melakukan aktiviti berkenaan jika berpeluang kelak.

Shamsul Bahrin mengakui, setiap tahun pasti akan terdapat dua kali untuk dirinya melakukan aktiviti itu di Semenanjung Malaysia dan kali ini Sungai Selangor menjadi pilihan.

Katanya, perancangan saat akhir untuk berkayak arus di deras di Sungai Selangor itu seakan-akan langkah kanan untuk dia dan rakan kerana mereka dihidangkan dengan arus sungai begitu mencabar.

“Saya dan rakan hanya dikenakan bayaran RM180 seorang untuk menikmati pengalaman berkayak arus deras di Sungai Selangor sejauh tujuh kilometer atau mengambil masa dua jam.

 

LALUI detik penuh debaran ketika aktiviti berkayak di Sungai Selangor.
LALUI detik penuh debaran ketika aktiviti berkayak di Sungai Selangor.

 

“Dengan menggunakan khidmat operator yang berpengalaman, kami bukan sahaja dapat menikmati pengalaman aktiviti air yang lasak malah berpeluang mempelajari teknik untuk mengendalikan kayak berkenaan secara berkumpulan,” katanya.

Katanya, sebelum memulakan aktiviti itu, mereka diberi taklimat oleh operator untuk mengendalikan kayak berkenaan supaya perjalanan mengharungi sungai berkenaan berjalan lancar.

Jelasnya, setiap kayak besar boleh memuatkan antara empat hingga lima peserta dan mereka perlu bekerjasama untuk melakukan aktiviti itu.

“Setiap bot mempunyai seorang kru operator yang menjadi pemandu arah selain memberikan arahan kepada kami untuk melancarkan perjalanan.

 

LALUAN sungai berbatu antara cabaran dilalui peserta.
LALUAN sungai berbatu antara cabaran dilalui peserta.

 

“Ini kerana laluan berkayak arus deras tidak begitu mudah memandangkan kadangkala ada laluan jeram yang mempunyai batu. Lebih mencabar jika kayak perlu ‘terjun’ dari kedudukan tinggi,” katanya.

Shamsul Bahrin berkata, sepanjang berkayak arus deras di Sungai Selangor itu, dia memulakan aktiviti berkenaan dari Glamping Pinang Sebatang dan berakhir di Taman Tasik Millennium.

Katanya, terdapat beberapa jeram popular sepanjang melakukan aktiviti berkenaan antaranya First Canyon Rapit, Air Terjun Kuala Gahau, Lubuk Nenas dan Six Hole Rapid.

“Ketika melakukan aktiviti itu, pasti terasa tidak lengkap jika tidak ‘jatuh’ dalam air kerana di situ nikmat cabaran berkayak yang sebenar dapat dirasai.

 

KETIKA kayak terbalik peserta jangan panik.
KETIKA kayak terbalik peserta jangan panik.

 

“Pastinya, jika terjatuh jangan khuatir kerana langkah keselamatan sudah diambil seperti setiap peserta perlu memakai topi dan jaket keselamatan yang tidak boleh dibuka. Malah, setiap ahli di dalam bot juga diberikan taklimat cara menyelamatkan rakan jika terjatuh,” katanya.

Katanya, kira-kira sejam berkayak, laluan sungai semakin mencabar dan kemuncaknya apabila perlu melalui jeram paling ekstrem iaitu Second Canyon Rapid.

“Apabila kita terjatuh di dalam air, perkara paling utama diingatkan pengemudi kayak ialah tidak panik.

“Jika arus kuat dan membawa peserta jauh dari kayak yang dinaiki, tidak perlu risau kerana terdapat sebuah lagi kayak yang sentiasa bersedia di hadapan untuk memberi pertolongan untuk menarik peserta ke tepi sungai,” katanya.

Katanya, walaupun aktiviti itu kedengarannya seperti ‘menakutkan’, apabila berada dalam situasi sebenar dan dikendalikan operator yang mementingkan keselamatan, ia pasti menjadi pengalaman tidak akan dapat dilupakan.

 

AKTIVITI berkayak arus deras dilakukan secara berkumpulan amat menyeronokkan.
AKTIVITI berkayak arus deras dilakukan secara berkumpulan amat menyeronokkan.

 

Menurut Shamsul Bahrin, dia difahamkan aktiviti berkayak arus deras di Sungai Selangor boleh dilakukan sepanjang tahun dan musim panas waktu terbaik kerana air dari empangan akan dilepaskan menyebabkan aliran arus lebih laju.

“Bagi saya pengalaman berkayak arus deras sememangnya menguji kemampuan diri untuk melakukan aktiviti lasak dan pada masa yang sama dapat menikmati keindahan alam semula jadi,” katanya.

Harian Metro

Topik Hangat

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

‘Alhamdulillah aku dah cerai’ – Bekas suami Zarina Anjoulie

Kuala Lumpur: Bekas suami Zarina Anjoulie, Eilyas Azhar mengakui sudah menceraikan pelakon itu hari ini. Eilyas menerusi hantaran di Instagram Story mengakui bersyukur dengan penceraian...

Hamid Dedah Hamzah Mahu Guna Cawangan Khas Untuk Kepentingan Politik : Laporan

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan...

Berita Berkaitan

Ramai Instafamous tak berbakat dalam lakonan

Kuala Lumpur: Penerbit Jaja Ishak tidak bersetuju dengan trend pempengaruh (instafamous) yang dipilih sebagai pelakon. Jaja berkata, dia seboleh mungkin cuba mengelak kerana ramai lagi...

Terima kasih bantu Khalis

Kuala Lumpur: "Alhamdulillah banyak pihak perubatan Islam yang bantu dengan rawatan secara jarak jauh. Juga iringan doa daripada sahabat dan peminat serta rakyat Malaysia, keadaan...

Himaya, artis jayakan kempen anti buli siber

Kuala Lumpur: Menyedari masalah buli siber yang semakin parah, Ketua Pegawai Operasi Anggun Kirana Sdn Bhd dan Pengasas Himaya Premium Hijab Medical Mask, Datuk...