Senator PN Desak Kerajaan Pantau Harga Barang Naik Mendadak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad menggesa pihak kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar lebih serius dalam menangani isu kenaikan harga barangan pengguna seperti ayam, ikan, daging dan sayur-sayuran yang dilaporkan telah meningkat secara mendadak.

Katanya, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah melaksanakan Skim Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2021 pada 21 April yang lalu.

Namun Idris menegaskan supaya kerajaan juga wajar memikirkan suatu mekanisma yang efisyen sebagai jalan penyelesaian kepada kos penternakan yang turut meningkat.

“Kerajaan perlu lebih tegas dan mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan supaya tindakan mengenakan harga maksimum tidak terbeban kepada satu-satu pihak sahaja.

“Justeru, saya ingin mencadangkan agar pihak Kerajaan membuat pemantauan dan pemerkasaan secara menyeluruh bermula dari pembekal dan pemborong sehinggalah kepada peniaga yang terakhir,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tindakan ini kata Idris memerlukan usaha yang berterusan dan pihak kementerian untuk turun padang agar solusi terbaik dapat dihasilkan demi kepentingan semua pihak.

“Selain itu, amaran dan hukuman setimpal juga wajar dilaksanakan kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab agar menjadi pengajaran yang berguna kepada orang lain terutamanya ketika rakyat dan negara ini masih dalam fasa meningkatkan taraf ekonomi masing-masing,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat