‘Zizan buat saya ceria’ – Nadia Brian

Kuala Lumpur : “Nak tergelak!” Itu reaksi pelakon, Nadia Brian, 30, ketika diminta mengulas mengenai komen netizen yang menganggap dia dan Zizan Razak sebagai pasangan yang ‘sweet’.

Nadia ketika dihubungi berkata, dia mengenali Zizan sejak beberapa tahun lalu dan selesa berkawan dengan pelakon yang juga pelawak dan pengacara popular itu.

“Saya kenal Zizan sejak 2016 ketika kami sama-sama berlakon dalam teater Bikers Kental di Istana Budaya. Kebetulan, kami pun bergandingan sekali lagi dalam filem Rumah Maduku Berhantu yang baru saja tamat penggambarannya baru-baru ini.

“Pada hari terakhir itu, saya memuat naik gambar bersamanya kerana sepanjang kami menjalani penggambaran, saya tak ada muat naik apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Menguatkan lagi spekulasi netizen mengenai hubungan mereka adalah apabila Nadia dilihat turut meraikan majlis kejutan sempena ulang tahun kelahiran Zizan baru-baru ini.

“Sebelum ini, kelab peminatnya membuat kejutan sempena ulang tahun kelahirannya. Kebetulan, ibunya juga turut hadir dan saya memang kenal dengan ibunya. Ketika kejutan itu dibuat, saya sedang berada di set dan ibunya tarik saya untuk sama-sama meraikan.

“Jadi, dari situ ada peminat yang mula membuat spekulasi mengenai kami. Tambahan pula, saya pun baru bercerai dan dia pun masih tidak terikat dengan mana-mana hubungan,” katanya.

Dalam hantaran di beberapa platform media sosialnya baru-baru ini, Nadia berkongsi gambar bersama Zizan dengan keterangan mengenai persahabatan.

“Saya tulis mengenai persahabatan. Mungkin ada persamaan kerana kami pernah melalui fasa yang lebih kurang sama dalam perhubungan.

“Jadi, gambar yang saya muat naik itu umpama mengingat semula memori kami sebagai sahabat sejak awal perkenalan beberapa tahun lalu,” katanya.

Ditanya mengenai peribadi Zizan, Nadia mengakui Zizan sentiasa membuatkan hari-harinya ceria.

“Dia sangat bertuah kerana dianugerahkan dengan bakat untuk menceriakan hari-hari saya. Memang ketawa sentiasa.

“Lagi satu, orang cakap Zizan adalah ‘playboy’, tapi bagi saya dia tidak begitu. Dia baik orangnya,” katanya.

Nadia juga memohon doa daripada peminat agar dia dan Zizan dikurniakan kebahagiaan dalam kehidupan masing-masing.

“Saya mohon doa daripada peminat supaya doakan kebahagiaan kami. Kalau Zizan jodoh saya, saya tak mampu menolak, tapi kalau jodoh saya dengan orang lain pun, doakan saya bahagia. Begitu juga untuk dia. Saya pun kalau boleh nak berumah tangga semula sebelum usia 35 tahun,” katanya.

Nadia dan Zizan membintangi filem komedi seram Rumah Maduku Berhantu di samping pelakon lain, Rita Rudaini.

Harian Metro

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Berita Berkaitan

Netizen Tular Video Keluarga Neelofa Sambut Aidilfitri

PETALING JAYA – Belum reda isu rentas negeri dan karpet, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar prosedur operasi...

V12 paling berkuasa

Ferrari 812 Competizione, edisi terhad siri istimewa terbaharu yang dibangunkan daripada model 812 Superfast, diperkenalkan baru-baru ini. Versi Targa (bumbung separuh terbuka) iaitu 812 Competizione...

Honor lancar MagicBook 15, Band 6

Kuala Lumpur: Honor melancarkan laptop MagicBook 15 serta memperkenalkan model baharu gelang pintar Honor Band 6 di seluruh negara, hari ini. Berbanding dengan model terdahulu,...