SEPUTEH – UMNO menegaskan pendiriannya untuk terus memperjuangkan kepentingan orang Melayu, meskipun terdapat kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai kerjasama politik antara kedua-dua parti.
“Bagi saya, ia pelik apabila timbalan pengerusinya berkata satu perkara tetapi ketua penerangannya pula mengeluarkan kenyataan bertentangan. Jangan bermain wayang kerana UMNO kekal dengan prinsip mempertahankan orang Melayu sejak dulu hingga kini,” katanya.
Beliau turut menekankan usaha UMNO dalam memperjuangkan hak Melayu melalui dasar-dasar kerajaan perpaduan,termasuk memperkenalkan program TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) untuk anak-anak tahfiz, bagi membuka peluang pekerjaan selepas tamat pengajian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Santunan Ramadan bagi masyarakat sekitar Parlimen Seputeh, anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Seramai 300 penerima sumbangan, termasuk anak-anak tahfiz dan golongan memerlukan, menerima bantuan dalam majlis tersebut.
Sebagai Ketua UMNO Bahagian Seputeh, beliau turut menegaskan komitmen dalam menjaga kebajikan ahli melalui Biro Kebajikan UMNO, yang aktif memberikan bantuan, termasuk sumbangan RM500 kepada ahli yang kehilangan ahli keluarga atau melangsungkan perkahwinan,
Majlis ini bukan sahaja bertujuan membantu golongan memerlukan, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat.