- Advertisement -
KUALA LUMPUR– Polis menahan pendakwah bebas, Zamri Vinoth,kerana disyaki menggugat ketenteraman awam melalui satu hantaran di Facebook yang dikatakan berunsur hasutan dan mencemarkan agama Hindu.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata kepada Berita Harian bahawa lelaki yang berusia 41 tahun itu ditahan di Kangar kira-kira jam 3.30 petang tadi.
Selain ditahan pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Vivo bagi tujuan siasatan.
Suspek dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar sebelum dibawa ke Mahkamah Kangar esok untuk permohonan perintah reman.