Sampul wang logo Umno bukan guna duit royalti Terengganu, parti usaha sendiri – Rozi Mamat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Terengganu menyanggah dakwaan kononnya parti itu menggunakan wang royalti minyak untuk mengagihkan bantuan kepada rakyat di negeri berkenaan melalui program turun padang yang dijalankan selama ini.

Pengerusi Umno Terengganu Datuk Rozi Mamat berkata, tuduhan tersebut berniat jahat dan mahu memberikan persepsi negatif terhadap kepemimpinan Umno negeri Terengganu.

Katanya, semua wang diagihkan kepada golongan fakir miskin adalah wang yang diusahakan parti tanpa melibatkan duit royalti.

“Umno Terengganu usaha sendiri sediakan dana bantuan sebab kita sebagai pemimpin kena fikirlah, cari macam mana cara yang sesuai agar kita ada peruntukan untuk membantu dan membela rakyat.

“Pemimpin Umno pun ada sumber sendiri, kita tak guna wang royalti pun dan kita tak pernah masuk campur hal tersebut,” katanya lapor Utusan di Terengganu pada Khamis.

Terdahulu, tular dalam media sosial yang mendakwa kononnya kepemimpinan Umno negeri menggunakan wang royalti untuk diberikan kepada rakyat.

Tuduhan itu dibuat setelah melihat ada pemimpin parti tersebut yang menghulurkan sampul wang dengan logo Umno.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat