Suspek lempar bom petrol di KK Mart dikesan polis melalui CCTV

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Siasatan awal pihak polis mendapati bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, dekat Bidor, Perak dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai tersebut mendapati, sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah ‘Lalamove’, telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.35 pagi.

“Satu lelaki (suspek) telah turun daripada kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian,” lapor Bernama di Ipoh.

Terdahulu, Mohd Yusri dilaporkan berkata kejadian disedari oleh kakitangan kedai serbaneka terbabit dan polis menerima laporan daripada pengadu yang juga wanita warga tempatan, berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi.

Pengadu berusia 20 tahun ketika sedang bekerja memaklumkan, mendengar bunyi botol pecah di hadapan premis dan terus keluar memeriksa keadaan.

Terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai dan pengadu juga terhidu bau seperti minyak tanah daripada serpihan kaca yang pecah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi pegawai penyiasat, Inspektor Norseha Baharudin di talian 0177964459.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat