Tugas pengamal media bantu perkukuh agama Islam

- Advertisement -

PUTRAJAYA — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menghargai peranan media dalam menyalurkan berita yang tepat kepada masyarakat terutama melibatkan isu berkaitan agama Islam.

Menurutnya, dengan bantuan pengamal media yang bertanggungjawab, telah banyak membantu kementerian menangani propaganda dan berita-berita palsu berkaitan agama Islam yang tersebar di media sosial.

“Apa juga dasar dan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan, jika tidak dilaporkan oleh media, masyarakat tidak akan tahu kewujudan dasar dan program berkenaan.

“Kalian semua warga media adalah sahabat agensi hal ehwal Islam. Kita bersama-sama berkongsi wadah untuk mendidik masyarakat sekaligus membangun negara MADANI seperti yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Saya mengakui akan peranan media amat penting dalam konteks pentadbiran negara,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hasan pada Majlis Iftar Media di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Tambahnya, pengamal media mempunyai kepakaran dalam penerbitan berita dan kepakaran itu harus dimanfaatkan untuk kepentingan agama.

“Cuba saudara bayangkan, apa yang saudara tulis itu dapat memberikan pencerahan kepada masyarakat, ia adalah sumbangan jariah

“Saya sentiasa berpesan kepada Ketua-Ketua Agensi Hal Ehwal Islam untuk sentiasa memberikan maklum balas kepada persoalan yang diajukan pihak media serta berusaha memenuhi permohonan pihak media, kerana kita saling memerlukan di antara satu sama lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat