Pembela KK Mart jual naratif kaum, ekonomi ketepi sensitiviti agama – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kelompok pembela KK Mart didakwa sering menggunakan naratif kaum dan ekonomi tanpa mempedulikan sensitiviti agama.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi mengkritik pembela-pembela KK Mart yang disifatkannya sengaja memanjangkan isu berkenaan.

“KJ menggesa Dr Akmal dan umat Islam menghentikan kecaman dan marah terhadap KK Mart. Cukuplah kata KJ. Boikot sudah disuarakan.

“Sebenarnya pembela KK Mart yang memanjangkan isu ini. Setiap hari ada sahaja pemimpin mengecam Dr Akmal dan tindakan boikot. Anthony Loke, Ngar Ko Ming, Ketua Pemuda MAC, Setiausaha Agung MCA, Senator Ti Lian Ker, Madius Tangau, Menteri Pelancongan dan Boss Mydin.

“Pembelaan mereka itu yang guna naratif kaum dan ekonomi tanpa peduli sensitiviti agama,” bidas Puad.

Speaker DUN Johor itu bagaimanapun memuji pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas tentang isu stoking kalimah Allah yang dipasarkan di KK Mart.

“Dalam hal ini pendirian PMX adalah betul.

“Menurut PMX tiada tolak ansur bab menghina agama apa lagi Islam. Pelaku mesti dihukum.

“Itu juga sikap Umno. Boikot hak pengguna,” tegas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat