JPU Arah Pemilihan Semula UMNO Bahagian Tangga Batu

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023 memutuskan untuk membatalkan keputusan pemilihan Ketua Bahagian Tangga Batu setelah mendapati berlaku ketidakteraturan perjalanan mesyuarat semasa proses pemilihan pada 18 Mac lalu.

Memetik laporan Bernama, Setiausaha UMNO Bahagian Tangga Batu, Abdul Latip Mohamad berkata, beliau menerima pemakluman itu menerusi surat dari UMNO Pusat melalui aplikasi WhatsApp pada 2.26 petang tadi.

Menurut beliau, surat itu memaklumkan berlaku ketidakaturan perjalanan mesyuarat pada proses pemilihan Umno bahagian itu baru-baru ini.

“Surat itu memaklumkan setelah penelitian dibuat terhadap pemilihan berkenaan, Jawatankuasa Pemilihan UMNO membuat keputusan dan ketetapan bahawa pemilihan bagi jawatan ketua UMNO Bahagian Tangga Batu tidak sah.

“Sehubungan itu, UMNO Bahagian Tangga Batu perlu membuat pemilihan semula bagi jawatan ketua UMNO bahagian saja,” katanya ketika dihubungi.

Untuk rekod, pada pemilihan itu, Datuk Rais Yasin menewaskan penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan hanya empat undi, selepas meraih 282 undi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat