2,200 Murid Terima Bantuan Persekolahan Yayasan Bank Rakyat

- Advertisement -

GOMBAK – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM220 ribu kepada 2,200 murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Gombak dan Damansara sempena dengan pembukaan semula sesi persekolahan yang baru sahaja dibuka.

Replika cek bantuan persekolahan ini telah disempurnakan oleh Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin Pengerusi YBR.

Turut hadir dalam sesi penyampaian ini adalah Syaiful Rizal Abdul Ghani Ketua Bahagian Operasi Menanggung Tugas Pengurus Besar YBR serta Mohamad Ghazali Zainal Abidin Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, sumbangan ini diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan dari segi pembelian set baju, kasut dan stoking atau beg sekolah mengikut kesesuaian masingmasing.

“Cakna dengan situasi masyarakat yang terkesan akibat gelombang Covid-19 yang melanda sejak dua tahun ini dan juga melihat kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu, bantuan persekolahan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi persiapan persekolahan sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa atau penjaga dalam membuat persiapan awal untuk anak-anak bagi memulakan sesi akademik persekolahan 2022/2023,” katanya.

Tambah beliau lagi, “bantuan yang disalurkan kepada mereka yang layak ini diharapkan dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu serta sebagai tanda ikhlas YBR dalam membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kehidupan”.

Untuk makluman sehingga kini, seramai 66,399 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukkan sebanyak RM7.87 juta sejak dari tahun 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM3.0 juta diperuntukan dalam program bantuan persekolahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat