PAU2020: Kerusi UMNO bukan ‘talian hayat’ buat pihak lain – Tok Mat

KUALA LUMPUR: UMNO bertegas untuk tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi miliknya kepada parti lain khususnya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, kerusi UMNO adalah milik parti itu sejak dahulu, kini dan selamanya.

Katanya, Ia bukan untuk dilepaskan demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak.

“Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO. Kita tidak akan mengalah. Kita tidak akan melatah.

“UMNO tidak akan terpedaya, dengan retorik kepentingan ummah dan perpaduan Melayu yang dibuat-buat,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, perpaduan ummah dan penyatuan Melayu mesti dipimpin oleh UMNO dan bukan menjadi umpan undi oleh pendusta politik, yang bernaung dengan ‘kuasa tanpa mandat’ dan tanpa kekuatan sebenar.

“Yang pasti, dalam hasrat kita untuk memimpin semula Malaysia, UMNO tidak akan mendesak sesiapa untuk menyertai Barisan Nasional (BN).

“Sebaliknya, kita akan menggunakan pendekatan ‘Bekerja dengan BN’. Agar satu keampuhan politik, boleh dibentuk untuk mengurus negara selama lima tahun mendatang, dengan stabil dan cemerlang,” ujarnya lagi.

 

_Awani_

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Pengarah, Pengurus Syarikat Bekal Makanan Sejuk Beku Didakwa Di Mahkamah

JOHOR BAHRU – Syarikat pembekal makanan sejuk beku, LY Frozen Food Sdn. Bhd. bersama pengarah serta pengurusnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di...

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...