“Nak jadi PM kena menang PRU-15, sekarang ini TPM UMNO pun tak dilantik” – Zahidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya bertindak realistik sekiranya benar-benar mahukan jawatan Perdana Menteri.

Kata beliau, jika UMNO sangat mendambakan posisi Perdana Menteri semula, kerja yang wajib dilakukan sekarang ialah memastikan UMNO/BN menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Dia (Mohamad) kata UMNO mesti jadi Perdana Menteri, kita kena lihat kalau UMNO nak jadi Perdana Menteri mesti menang PRU-15, sekarang masalah dia tidak menang.

“Tidak ada masalah kalau UMNO menang PRU mesti jadi Perdana Menteri, tapi kalau tidak menang macam mana nak jadi Perdana Menteri? Soal beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia di PWTC, hari ini.

Menurut Zahidi kalau UMN0/BN sekadar boleh dapat 60 hingga 80 kerusi sahaja macam mana nak jadi Perdana Menteri?

“Tok Mat cakap tapi bolehkah PAS dan GPS terima, itu yang masalahnya.

“Kita lihat tokoh Perdana Menteri bagi UMNO siapa?

“Adakah (tokoh) itu diterima, jadi kita kena cari tokoh yang diterima.

“Macam sekarang orang tak lantik pun jadi Timbalan Perdana Menteri,” bidas beliau.

Kata Ahli Parlimen Padang Besar itu lagi, calon Perdana Menteri yang bakal dinanamakan oleh UMNO kelak mesti boleh diterima semua.

“Mesti jadi Perdana Menteri diterima oleh ahli, kita nak rakyat terima kita dan harap begitu,” katanya.

Terdahulu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menegaskan posisi Perdana Menteri hanya untuk UMNO/BN kerana parti itu bertindak sebagai induk yang mengemudi negara. –SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat