“Wanita lebih setia berbanding lelaki, bagilah komposisi 30 peratus dalam politik” – Noraini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Lompat si katak lompat, lompatlah tinggi-tinggi,

Ramai sudah lelaki melompat,

Wanita kekal setia di sini.

Demikian empat rangkap pedas yang disampaikan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ditujukan kepada pimpinan tertinggi UMNO.

Bidalan itu secara tidak langsung memberitahu agenda suara hati Wanita UMNO yang menuntut komposisi 30 peratus wanita dalam politik dilaksanakan.

” Kita tidak minta harta benda dan pujian. Apa yang kita nak, agenda 30 peratus wanita dalam politik ini dilaksanakan.

“Justeru, saya meminta kepada kepimpinan parti untuk mempertimbangkan calon dalam kalangan wanita. Kami mempunyai calon yang layak untuk ditonjolkan sebagai wakil rakyat.

“Kita tidak mahu lagi dikenali sebagai kumpulan yang bergerak dibelakang tabir. Kita mahu lebih ramai Wanita diletakkan di barisan hadapan,” tegas Noraini dalam ucapan dasar Wanita UMNO di PWTC, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan UMNO bahawa di saat parti tersungkur kalah, Wanita tetap kekal setia mendukung perjuangan parti.

” Wanita-wanita ini setia, susah untuk lompat parti. Yang melompat ini majoritinya lelaki.

“Saya minta sangatlah kepada presiden parti, tengok-tengoklah wanita ini,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Noraini berkata, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah membuat keputusan tiada kerjasama dengan PKR mahupun DAP.

Dan menurutnya pada masa ini, ketika ini dan detik ini, MKT UMNO juga telah membuat keputusan untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan parti Bersatu dalam pilihan raya umum yang akan datang.

” Saya ingin tegaskan di sini bahawa Wanita UMNO menyokong keputusan MKT yang No DAP, No PKR dan tarik sokongan terhadap Bersatu sebaik sahaja paluan gendang pilihan raya bermula.

“Kita bersetuju UMNO dan Bersatu ini sukar untuk tidur sebantal kerana kita punya mimpi yang berbeza. UMNO dan Bersatu ini banyak bertembung dari segi kepentingan.

” Atas sebab itulah kita sukar untuk mengadakan kerjasama dalam PRU,” katanya.

Ujar Noraini lagi, sudah tentu keputusan ini memberikan pelbagai implikasi politik kepada orang Melayu.

Namun katanya, Wanita UMNO berpandangan, kita harus terus bersama dengan keputusan yang telah dibuat oleh akar umbi dan kepimpinan parti.

” UMNO harus memikirkan kelangsungan atau survival parti demi mempertahankan agenda Melayu Islam di negara ini. UMNO, sebagai parti keramat orang Melayu mempunyai satu tanggungjawab yang besar untuk meluruskan kembali jalur politik negara.

” Jalur politik ini penting, kerana kita bukanlah pengkhianat. UMNO tewas – tetapi kita gunakan ruang itu untuk bangkit kembali diterima rakyat. UMNO tewas – tetapi komponen Barisan Nasional dan Friends of BN tetap setia. UMNO tewas – tetapi hubungan bersama PAS yang dahulunya tidak sehaluan kembali pulih setelah penyatuan ummah digerakkan. Tetapi UMNO tidak pernah terkubur, apatah lagi dikatakan lemah sehingga dilihat boleh diperguna serta diperkotak-katikkan sesuka hati.

” Jalur ini umpama benang yang basah. Bukan mudah untuk dilentur lurus. But impossible is nothing. Kalau kita cekal berusaha, jalur politik ini akan kembali kepada asasnya – asas yang disantuni oleh pejuang-pejuang yang telah memimpin negara ini terbina dengan gemilangnya. Pemimpin-pemimpin ini bukanlah datang dari luar – tetapi mereka lahir daripada parti yang menjadi azimat sejak sekian lama,” katanya.

Jadi Noraini berkata, Wanita UMNO menegaskan dan mahukan kepimpinan parti untuk terus tegas dalam memastikan parti ini kembali memimpin.

“Bukan kerana kuasa, bukan kerana kerusi. Tetapi, parti keramat ini perlu mendominasi, untuk kesejahteraan rakyat, yang sekian lama telah terbukti. Jangan sesekali, benarkan kerusi yang penat jerih wanita dan jentera parti menangi, diberikan lagi kepada pengkhianat yang telah lompat parti.

“Parti UMNO ini seperti dara pingitan, ramai yang mencuit, ramai juga yang mengenyit. Tapi ingat! Saya ingin tegaskan, UMNO hanya akan menerima dan bekerjasama dengan mereka yang boleh menerima falsafah dan perjuangan parti keramat ini.

“Justeru, berbekalkan jiwa yang utuh, semangat yang jitu – istaqamah kepada perjuangan yang satu, Wanita UMNO akan terus memberi kepercayaan kepada Presiden parti dan Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO untuk meneliti, mengkaji dan membuat keputusan politik yang terbaik demi memastikan UMNO kembali menjadi pilihan rakyat dan pengundi,” tegas beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat