Lelaki Maut Tertimbus Ketika Lakukan Kerja Mengorek Tebing Tanah

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika sedang menjalankan kerja mengorek tebing tanah di belakang sebuah rumah di Kampung Ulu Tawar, dekat Baling hari ini.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkata dalam kejadian 5.10 petang itu, mangsa Muhammad Firdaus Adnan, 20, yang bekerja sebagai pemandu jentera mesin korek (backhoe) maut di tempat kejadian.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang melakukan kerja-kerja mengorek tanah secara bersendirian di belakang rumah tersebut pada 4 petang. Mangsa kemudiannya telah menghentikan kerja dan turun dari jentera untuk membuang air kecil.

“Semasa sedang membuang air kecil, tanah tebing yang dikoreknya telah runtuh dan menghempap mangsa. Runtuhan itu telah menyebabkan mangsa tercampak ke jentera yang terletak berhampiran berikutan terdapat kesan luka pada badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, pihak polis mendapati mangsa melakukan kerja mengorek tanah di belakang rumah pelanggannya itu untuk dijadikan sebagai tapak rumah.

Shamsudin berkata mayat mangsa yang tertimbus itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulim dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan proses bedah siasat,” katanya.

– BERNAMA

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Apa Nasib Kami Ramadan Ini, Tiba-Tiba Diarah Pindah – Peniaga

REMBAU - "Saya dan rakan lain berniaga di sini sejak 32 tahun lalu, tiba-tiba kami diarah berpindah. Sukar untuk kami meneruskan hidup," kata peniaga...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Tempoh Pegangan Pajakan SMK Convent Bukit Nanas Dilanjutkan 60 Tahun – PMO

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan tapak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas di sini, yang akan tamat pada...

Darurat Bolehkan Kerajaan Urus Covid-19 Dengan Baik – Hamzah

PUTRAJAYA - Perisytiharan darurat telah membolehkan pengurusan COVID-19 di Malaysia dijalankan dengan baik antaranya menerusi pindaan beberapa akta khusus bagi membendung penularannya, katanya Menteri...

Jangkitan Baru Covid-19 Di Kelantan Atasi Selangor, Sarawak

PUTRAJAYA - Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif baharu Covid-19 melebih 2,000 iaitu 2,875 kes mengatasi kes sembuh iaitu 2,541 kes. Sebanyak 13 kluster...