Presiden UMNO ada hak tentukan siapa pembahas PAU 2020- Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memiliki autonomi menentukan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) agar berjalan dengan lancar termasuk pembahas yang mengambil bahagian.

Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, perkara itu tidak sepatutnya timbul dan semua pihak perlu menerima kuasa yang diperuntukkan kepada Presiden.

“Itu hak Presiden dan pendapat yang kongsi bersama. Apa pun kalau tak bersetuju pun, kita kena terima hakikatnya sistem kita, presiden ada kuasa untuk menentukan pembahas-pembahas,” katanya di PWTC, hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata demekian mengulas kenyataan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa perjalanan PAU 2020 pada 27 dan 28 Mac ini hambar kerana pembahas ditentukan oleh Presiden.

Semalam, Annuar juga menyifatkan PAU 2020 yang bermula hari ini sebagai medan terbaik untuk Presiden UMNO itu menjelaskan mengenai desas-desus kerjasama antara UMNO dan PKR.

“Perwakilan dengar saja di bahagian masing-masing…jurucakap yang dipilih sudah digantikan. Hanya orang yang dilantik oleh Presiden boleh bercakap.

“Usul Majlis Tertinggi (MT) untuk meluluskan ucapan dasar Presiden hanya boleh dibahas ahli MT sahaja. Matlamatnya adalah untuk sokong (dan) semua senada. Bermakna MT lebih tinggi daripda PAU walaupun Perlembagaan parti menyatakan sebaliknya,” katanya.

Annuar berkata, ia bagi menjelaskan pelbagai khabar angin dan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak mengenai perkembangan terbaharu kedua-dua parti itu dalam persediaan menghadapi PiIihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat