Pemilihan Umno ditangguh selepas PRU16

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sepakat bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini ke tarikh baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan terbabit selaras dengan peruntukan Perlembagaan Umno di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.6.1 dan Fasal 10.6.2.

Menurut beliau, penangguhan itu bagi memastikan seluruh jentera parti di semua peringkat dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) dan PRU16 yang boleh diadakan pada bila-bila masa bermula tahun ini.

“Tarikh-tarikh bagi Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan adalah pada 1 April hingga 17 Mei 2026, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian bermula 1 Jun hingga 12 Julai 2026 dan Perhimpunan Agung Umno antara 12 Ogos hingga 16 Ogos 2026.

“Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun ini kepada tarikh tidak boleh melebihi 6 bulan selepas PRU16,” katanya.

Selain itu Asyraf memberitahu, Umno M juga bakal menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 sempena sambutan Ulang Tahun Umno ke-80 pada tahun ini.

Ujarnya, Konvensyen Umno yang akan diadakan pada 2 Mei 2026 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre pula sebagai acara kemuncak sambutan bersejarah tersebut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat