Ringgit kini terkurang nilai, BNM cuba galak pasaran pertukaran asing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Ringgit pada masa ini terkurang nilai (undervalued), jika dibandingkan dengan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, susulan itu juga, bank pusat itu sedang berbincang dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat korporat serta pelabur untuk menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing.

“Ringgit pada masa ini terkurang nilai. Memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

“Justeru BNM) sedang meningkatkan perbincangan seiring usaha menggalakkan aliran masuk yang berterusan ke dalam pasaran pertukaran asing,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abdul Rasheed menegaskan, memandangkan asas dan prospek ekonomi Malaysia adalah positif, ringgit sewajarnya didagangkan pada tahap yang lebih tinggi.

Pada awal dagangan Selasa, ringgit menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kekurangan pemangkin.

Pada 9.05 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.7775/7805 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7795 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tidak banyak pemangkin untuk ringgit menokok walaupun petunjuk teknikal memperlihatkan mata wang tempatan itu telah berada dalam zon terlebih jual.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat