Fungsi LTAT berjalan seperti biasa, jawatan ditinggalkan diisi pemangku – Khaled

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Peletakan jawatan tiga pegawai kanan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) tidak memberi impak yang mengganggu operasi perkhidmatan berkenaan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memaklumkan, sebaliknya LTAT akan berjalan seperti biasa dan beberapa jawatan yang belum diisi akan dipangku serta merta.

“Sebagai langkah susulan, jawatan ketua pegawai eksekutif (LTAT) akan ditanggung oleh ketua pegawai kewangan (LTAT), Mohammad Ashraf Md Radzi.

“Bagi pengerusi LTAT, tugas itu dipangku oleh ketua setiausaha kementerian,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Khaled berkata demikian menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) yang bertanya apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian Pertahanan berhubung isu LTAT ekoran peletakan jawatan beberapa pegawai kanan dalam entiti berkenaan baru-baru ini.

Menurut Khaled pelantikan tanggung tugas di dalam LTAT disifatkan bukan perkara pelik.

Katanya, perkara itu pernah dilakukan pada 2020 dan 2021.

“Pada masa ini, LTAT sedang muktamadkan calon-calon yang berkredibiliti untuk isi jawatan ketua pegawai eksekutif.

“Kementerian Pertahanan teliti calon yang layak dalam kalangan panglima-panglima,” katanya.

Khaled berkata Kementerian Pertahanan akan terus komited pantau dan memastikan nilai wang simpanan pesara tentera dilindungi dan berkembang.

Pada 19 Februari lalu, Pengarah Kanan Strategi LTAT Dayana Rogayah Omar dilaporkan mengemukakan surat peletakan jawatannya itu bagi mengejar kepentingan lain.

Sebelum ini, LTAT menyaksikan peletakan jawatan Ketua Eksekutifnya, Ahmad Nazim Abd Rahman pada 31 Jan lalu diikuti oleh Pengerusi LTAT, Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada 8 Feb lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat