5 Kapal milik China ceroboh perairan Taiwan

- Advertisement -

TAIPEI- Sekurang-kurangnya lima kapal Pengawal Pantai China memasuki perairan larangan di sekitar pulau Kinmen, Taiwan pada Isnin, menurut seorang menteri Taiwan hari ini.

Pencerobohan ini didakwa di tengah-tengah peningkatan ketegangan dengan Beijing.

China bulan ini memulakan rondaan tetap di sekitar pulau Kinmen yang dikawal Taiwan dan berhampiran dengan pantai China, selepas kematian dua warga China yang dikesan memasuki kawasan larangan dan cuba melarikan diri daripada Pengawal Pantai Taiwan.

Ketua Majlis Hal Ehwal Laut Taiwan, Kuan Bi-ling memberitahu pemberita di Parlimen, bot China meninggalkan kawasan itu sejurus selepas pengawal pantainya mengarahkan mereka beredar.

“Kepentingan politik adalah keutamaan, yang merupakan satu bentuk pengisytiharan kedaulatan,” lapor Reuters.

Pejabat Hal Ehwal Taiwan China berkata, akan mengulas pada satu taklimat Rabu ini, sambil menjelaskan mereka tidak mengiktiraf sebarang larangan atau akses terhad untuk bot nelayan China di sekitar Kinmen.

Taiwan yang ditadbir secara demokratik, tetapi didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, lebih berhati-hati terhadap usaha Beijing untuk meningkatkan tekanan ke atas Taipei, berikutan pemilihan Lai Ching-te sebagai presiden Taiwan bulan lalu.

Menteri Pertahanan Taiwan, Chiu Kuo-cheng, ketika bercakap di Parlimen, berharap apa yang berlaku di sekitar Kinmen tidak akan meningkat dan diuruskan sebaiknya.

“Kami tidak mahu melihat sebarang pertempuran berlaku,” katanya.

Kinmen adalah laluan pintasan bot dari bandar Xiamen dan Quanzhou di China, yang dikawal Taipei sejak 1949.

Pengawal Pantai Taiwan berkata, enam anggota Pengawal Pantai China minggu lalu memeriksa bot pelancong Taiwan yang membawa 11 anak kapal dan 23 penumpang untuk menyemak pelan laluan, sijil dan lesen anak kapalnya, namun berlepas kira-kira setengah jam kemudian.

China tidak mengiktiraf tuntutan kedaulatan oleh Taiwan dan menuduh Taiwan berniat jahat sehingga menyebabkan kematian dua warga China di atas bot nelayan baru-baru ini.

Perdana Menteri Taiwan, Chen Chien-jen, memberitahu pemberita kerajaannya akan melaksanakan pengusiran perlu mengikut prosedur operasi standard.

“Kami di Taiwan prihatin untuk menjaga hak nelayan dan keselamatan laut, malah semua amalan kami adalah sama seperti negara lain di seluruh dunia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat