Zambry Tarik Diri Tanding Jawatan Naib Presiden UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.

Menurutnya, sebagai Menteri Luar, banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa yang perlu beliau memberi keutamaan.

Keputusan menarik diri dibuat setelah berbincang dengan kepimpinan parti, jelas beliau.

“Setelah berbincang dengan kepimpinan parti, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada menjadi calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan kali ini.

“Dengan mengambilkira tugas rasmi saya sebagai Menteri Luar Negeri di dalam kerajaan baharu ini, banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Ia juga sekaligus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan.

”Pada masa yang sama, sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional, saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan Barisan Nasional dan juga antara parti dalam Kerajaan Perpaduan.” Katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Namun, menurut Zambry yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional alan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Beliau berharap ahli parti dapat mengembalikan kegemilangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.

”Saya juga dengan ini mengumumkan untuk menawarkan diri mempertahankan jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk Pemilihan UMNO Sesi 2023- 2026.

”Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sahabat- sahabat di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepada saya sebelum ini.

”Semoga anda semua akan terus dapat memberi sokongan kepada saya dan sama-sama kita mengembalikan kegemilangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air.

“Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang bertanding pada pemilihan parti kali ini.

“Mantapkan ukhuwwah dan pelihara kesatuan.” gesa beliau. -SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat