Belanjawan 2023 : RM2.3 bilion bina infrastruktur sekolah – KPM

- Advertisement -

 KUALA LUMPUR — Sebanyak RM2.3 bilion akan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membina infrastruktur serta kemudahan pembelajaran terbaik di sekolah-sekolah.

Melalui kenyataan media hari ini KPM berkata jumlah itu diambil daripada Belanjawan 2023 yang disalurkan kepada KPM sebanyak RM55.2 bilion bagi meningkatkan taraf pendidikan negara dan memelihara kebajikan guru serta murid-murid.

“Ini termasuk RM920 juta untuk menaik taraf bangunan serta infrastruktur 380 buah sekolah daif seluruh negara khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas, selain RM900 juta untuk kerja-kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Sebanyak RM560 juta juga diperuntukkan untuk pembinaan tujuh (7) buah sekolah baharu, antaranya SK Paya Dusun di Terengganu, SMK Denai Alam di Selangor, SMK Nabalu di Sabah dan SMK Dudong di Sarawak.

“Peruntukan itu juga bagi melengkapkan sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas dengan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU), selain RM15 juta untuk menyokong usaha NGO mengadakan kelas pemulihan untuk anak-anak yang masih tercicir dalam pembelajaran,” katanya.

KPM juga menerima peruntukan RM777 juta berbanding RM625 juta pada tahun lepas, untuk menyediakan makanan berkhasiat di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memanfaatkan 700,000 murid.

Selain itu RM108 juta pula diperuntukkan untuk Program Makanan Prasekolah di bawah KPM yang akan memanfaatkan lebih 240,000 orang murid.

“KPM juga akan membuat pemantauan ke atas penyedia makanan dalam memastikan makanan yang disediakan adalah berkualiti dan berkhasiat.

“KPM komited untuk mengatasi isu kemiskinan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak sekolah melalui program-program ini,” katanya.

Selari dengan arus pemodenan, keperluan pengajaran dan pembelajaran guru perlu segera beradaptasi dengan teknologi digital.

Maka, bagi tahun 2023, kerajaan juga akan membekalkan sekolah dan institusi pendidikan KPM dengan 50,000 buah komputer riba.

“Ini adalah selaras dengan teras ke-7 KPM dalam meningkatkan keupayaan digital di sekolah.

“Bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan NGO dalam pembangunan anak-anak di sekolah, RM20 juta diperuntukkan bagi perlaksanaan program gotong-royong di semua sekolah seluruh negara,” katanya.

Kerajaan juga memperuntukkan sejumlah RM20 juta kepada tiga buah agensi bagi menggalakkan aktiviti terjemahan dan penerbitan, yang mana dua adalah di bawah KPM iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat