Ramai tawar diri bertanding, bukti Umno ada masa depan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan jumlah calon yang ramai tampil untuk bertanding pada pemilihan parti kali ini, membuktikan demokrasi dalam Umno semakin subur.

Beliau berkata, ia jelas berbeza dengan senario pada 2018 yang menyaksikan ahli seolah-olah kurang berminat terhadap pemilihan ketika itu, malah ada penyandang enggan mempertahankan jawatan mereka dalam parti, selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Malah, katanya, keadaan itu juga menunjukkan mereka yang tampil untuk bertanding kali ini, melihat Umno terus mempunyai masa depan.

“Apabila ramai orang berminat untuk bertanding jawatan pada pemilihan Umno, itu bermakna demokrasi dalam Umno semakin subur.

“Ia berbeza berbanding 2018 apabila kali pertama Umno dan BN kalah (pada PRU). Ketika itu, mereka seolah-olah kurang berminat, malah ada pemegang jawatan yang tidak mahu mempertahankan jawatan mereka (dalam parti),” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata demikian pada sidang media selepas melawat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), di Gua Musang, Kelantan, semalam.

Media sebelum ini melaporkan, pemilihan Umno dijadualkan bermula 1 Februari lalu hingga 18 Mac depan, dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bersama Pemilihan Jawatankuasa Cawangan dan Wanita, Pemuda serta Puteri Cawangan dari 1 hingga 26 Februari.

Mesyuarat Perwakilan serta Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Umno Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac depan.

Lapor BH mengulas lanjut, Zahid berkata, memandangkan BN adalah sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, pihaknya berkeyakinan potensi parti itu untuk memenangi lebih 30 kerusi Parlimen pada masa akan datang adalah sangat besar.

“Potensi untuk kita menang semula amat besar jika Umno diperkukuhkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat