Subsidi Telur dan Ayam Diteruskan Hingga Jun 2023 – KPKM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sentiasa memantau keperluan bekalan telur dan ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur dalam negara stabil seperti sediakala.

KPKM berkata kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 17 Februari 2023 telah mencapai kata sepakat untuk meneruskan penyediaan subsidi bagi telur dan ayam sehingga Jun 2023 dengan melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.

“Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur dan ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat.

“KPKM juga ingin memaklumkan bahawa inisiatif membawa masuk telur dari sumber luar adalah merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur dalam negara kekal stabil dan tidak terputus.

“Keperluan untuk membawa masuk telur dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur kembali stabil,” kata kenyataan KPKM hari ini.

KPKM turut memberi jaminan akan terus komited untuk bekerjasama dengan semua pemegang taruh bagi memastikan industri ayam dan telur terus mampan dan dalam masa yang sama dapat memastikan kehidupan rakyat tidak terbeban.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat