KM Melaka Menang Tanpa Bertanding Timbalan Ketua Bahagian UMNO

- Advertisement -

MELAKA – Sebanyak 291 pencalonan diterima untuk merebut jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO di enam bahagian di negeri ini, paling tinggi adalah di Jasin.

Seramai 64 orang mengesahkan pencalonan untuk bersaing merebut jawatan AJK UMNO Bahagian Jasin, diikuti Kota Melaka dan Hang Tuah Jaya (52), Tangga Batu (48, Masjid Tanah (41 dan Alor Gajah (34).

Setiausaha UMNO Melaka, Datuk Mustafa Musa, berkata bagi jawatan ketua bahagian, seramai 10 individu menawarkan diri, samada mempertahan atau mencabar jawatan berkenaan di semua bahagian, diikuti timbalan ketua (12) dan naib ketua (13).

Katanya, UMNO Jasin menyaksikan pertandingan sengit apabila empat individu menawarkan diri bagi jawatan ketua bahagian disandang Datuk Hasan Abd Rahman yang akan mempertahankan jawatannya.

“Pencabar lain adalah Ketua Pemuda UMNO bahagian, Dr Muhamad Akmal Saleh; Naib Ketua UMNO bahagian, Datuk Zaidi Attan dan Bendahari, Datuk Mohd Yusof Osman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

UMNO bahagian Tangga Batu pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu bagi jawatan ketua bahagian di antara penyandang, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad dengan Ketua Pemudanya, Datuk Rais Yasin.

Di Alor Gajah, dua calon bakal merebut jawatan ketua yang kosong susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Abd Ghafaar Atan, dua tahun lalu.

Mereka adalah Timbalan Ketua bahagian, Datuk Rospandi Leman dan Ketua Pemuda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan.

Tiga ketua bahagian lain disahkan menang tanpa bertanding, iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (Masjid Tanah), Datuk Abd Razak Abd Rahman (Kota Melaka) dan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali (Hang Tuah Jaya).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali juga disahkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah.

Sementara itu, beberapa pemimpin UMNO negeri mengesahkan penyertaan untuk merebut jawatan penting di peringkat Pusat.

Dr Muhamad Akmal yang juga ADUN Merlimau mengesahkan akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, manakala Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang juga ADUN Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar pula akan bertanding jawatan Ketua Puteri.

Wakil Melaka bagi merebut jawatan MKT pula adalah Rais yang juga ADUN Paya Rumput, Abd Razak selaku ADUN Telok Mas serta Mohamad Ali.

Mesyuarat Perwakilan serta Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan EXCO Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO Pusat akan diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac depan.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli MKT UMNO pula akan diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat