Keharmonian Antara Penganut Agama Menyumbang Kesejahteraan Komuniti – Aaron Ago Dagang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penganjuran Program Harmoni sempena sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia diharap dapat mempertingkatkan serta mengukuhkan persefahaman dan keharmonian antara penganut-penganut agama.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang merasmikan program itu di Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata, program ini turut bertujuan menyebarluas mesej toleransi, perpaduan dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Primier Sarawak.

“Objektif utama penganjuran program ini adalah bagi mempertingkatkan serta mengukuhkan persefahaman dan keharmonian antara penganut-penganut agama.

“Selain itu, program ini turut bertujuan menyebarluas mesej toleransi, perpaduan dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia,” katanya, semalam.

Bertemakan Malaysia Madani Dalam Kepelbagaian Agama, program yang berlangsung di seluruh negara bermula dari 18 hingga 26 Februari 2023 ini telah memberi manfaat kepada lebih 1,500 golongan kurang bernasib dari institusi kebajikan terpilih.

Program ini turut menerima penglibatan pelbagai pihak dalam aktiviti kesukarelawanan termasuk agensi Kerajaan, pemimpin tempatan, komuniti, pelajar Institut Pengajian Tinggi, pelajar sekolah, badan bukan kerajaan (NGO) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT). Di Negeri Sarawak, sebanyak 260 kotak RAHMAH telah diagihkan kepada warga emas pelbagai agama.

“Program Harmoni merupakan salah satu inisiatif Kementerian di bawah Program Kembara Perpaduan sepertimana yang diumumkan dalam Belanjawan 2023. Selari dengan agenda membangun Malaysia MADANI, program seumpama ini adalah salah satu ikhtiar dalam menjamin keharmonian dan perpaduan rakyat,” jelas Datuk Aaron,” katanya.

Selanjutnya beliau berharap program yang dijalankan dengan kerjasama strategik antara Kementerian khususnya penglibatan NGO pelbagai kaum dan agama ini dapat diperluas memandangkan ia dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti setempat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat