Jumlah calon ramai bukan makna wujud kem

- Advertisement -

KUANTAN – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menganggap jumlah calon bagi merebut jawatan Naib Presiden Umno tidak bermakna wujud kem tertentu dalam parti itu.

Beliau sebaliknya percaya semua calon yang menawarkan diri adalah atas dasar ingin berkhidmat kepada Umno.

“Saya nampak ini andaian sajalah, macam-macam (orang) bagi pandangan, tengok hari ini (semalam) ada dua tiga tokoh yang menyatakan kem itu dan kem ini.

“Saya sendiri pun tak tahu, saya ingat ini terbuka untuk semualah, kita menawarkan diri untuk parti, kalau kita diberi kepercayaan, kita berkhidmat untuk partilah,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Malam Anugerah Kecemerlangan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) di sini, malam tadi.

Wan Rosdy mengulas demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan terdapat kem tertentu dalam pemilihan Umno bulan depan selepas menyaksikan lapan calon menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden.

Semalam media melaporkan penganalisis politik berpendapat wujud tiga kem berbeza dalam pemilihan Umno kali ini.

Kem itu adalah kumpulan yang menyokong Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kumpulan anti-Zahid dan kumpulan bersikap neutral.

Jawatan Naib Presiden Umno menjadi tumpuan selepas perhimpunan agung Umno baru-baru ini memutuskan dua jawatan utama-Presiden dan Timbalan Presiden- tidak dipertandingkan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keputusan beliau bertanding jawatan Naib Presiden Umno, Wan Rosdy menjelaskan ia dibuat selepas berbincang dan mendapatkan pandangan pimpinan Umno Pahang.

“(Keputusan ini) setelah berbincang dengan rakan-rakan dan melihat kemungkinan saya boleh menyumbang (kepada parti) sekiranya diberi kepercayaan untuk menduduki salah satu jawatan (naib presiden),” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat