Naib Presiden Saingan 7 Penjuru, 90 Calon Rebut MKT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Saingan merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu pada 18 Mac ini membabitkan tujuh penjuru.

Selepas tujuh pemimpin sah mengemukakan pencalonan yang berakhir 5 petang, 26 Feb.

Tujuh pemimpin itu termasuk dua penyandang iaitu Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Selain itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Penyandang Naib Presiden sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Ahli Parlimen Bera mengesahkan tidak bertanding dalam pemilihan kali ini.

Sementara itu dilaporkan lebih 90 calon mengesahkan bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bagi pemilihan kali ini.

Mereka akan bersaing bagi merebut 25 jawatan yang akan diisi, sementara bagi sayap wanita, membabitkan saingan dua penjuru antara Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta bekas ketua sayap itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi jawatan Ketua Pemuda Umno dan Ketua Puteri Umno pula, ia masing-masing membabitkan saingan lima dan enam calon.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat