Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk menyertai PKR.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, perkara itu disahkan sendiri oleh sumber PKR dan salah seorang ADUN terbabit.

“Penyertaan ke PKR – yang merupakan sekutu Amanah dalam Pakatan Harapan (PH) PH – membabitkan ADUN Senggarang Khairuddin A Rahim; ADUN Serom Faizul Amri Adnan; dan ADUN Mahkota, Muhamad Said Jonit,” lapor portal itu.

ADUN Senggarang, Khairuddin A Rahim memberitahu portal itu, permohonannya untuk menyertai PKR dihantar September tahun lalu dan pengesahan keahlian diterima pada Oktober tahun yang sama.

Khairuddin berkata tindakan keluar Amanah untuk bersama PKR itu sengaja tidak diheboh-hebohkan untuk menjaga hubungan antara parti dalam gabungan PH.

Menurut Khairuddin lagi, tindakannya berpindah parti bukanlah kerana faktor kerusi, namun beliau berharap agar dapat diberikan ruang untuk bertanding kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya berniat nak bertanding (kerusi) Parlimen. […] Harap ada ruanglah. Ini perjuangan rakyat, saya berjuang untuk rakyat, untuk isu rakyat.

“Jadi ada ruanglah bagi saya sini, kawan-kawan dalam PKR. Itu harapan sayalah. Pada saya, untuk itu saya kira bersama dengan PKR,” katanya, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sebelum ini, dua ADUN Amanah dari Selangor turut keluar parti dan bertindak menyertai PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Amanah serta didakwa melanggar perlembagaan parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat