Ada Cubaan Bawa MP Pembangkang Keluar Parti, Diugut Dengan Isu Cukai & Siasatan – Saifuddin

KUALA LUMPUR – Terdapat cubaan untuk membawa ahli Parlimen dalam kalangan pembangkang keluar parti, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau mendakwa, usaha itu dibuat menerusi ugutan berkaitan isu cukai pendapatan, siasatan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau melalui tawaran projek termasuklah jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Keadilan mengambil maklum bahawa wujud langkah-langkah terancang sedang diusaha pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kekuatan wakil rakyat terutama Ahli-Ahli Parlimen pembangkang termasuk dalam kalangan Keadilan.

“Hal ini berlaku tatkala kerajaan sedia ada hilang sokongan majoriti di Parlimen, dan dalam keadaan sidang Parlimen boleh diadakan sewaktu Darurat berkuatkuasa,” katanya menerusi kenyataan.

Mengecam tindakan berkenaan, Saifuddin menyeru semua Ahli Parlimen PKR supaya setia dengan parti itu dan berpegang dengan perjuangan reformasi.

“Maka Keadilan mengecam langkah terdesak untuk membuatkan Ahli-Ahli Parlimen Keadilan keluar parti menjadi bebas atau menyertai parti kerajaan, sama ada melalui ugutan dan habuan.

“Ahli-ahli Parlimen Keadilan harus berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dan semangat Reformasi, serta sentiasa beringat bahawa rakyat menilai setiap tindakan kita dan siap membalasnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak,” tambah beliau. – MalaysiaGazette

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

UMNO, PAS, Bersatu, PKR & Amanah Bentuk Kesatuan Baharu Depani PRU-15?

KUALA LUMPUR - Gelombang politik baharu tanah air bakal berubah lagi, apabila hari ini Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin memulakan...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...

2,331 Kes Baru Covid-19, Lima Kematian Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus mencecah empat angka dengan jumlah kes positif yang dilaporkan dalam tempoh 24 ialah sebanyak 2,331...