KPM DIGESA TELITI SEMULA BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN 4 – EXCO Pemuda UMNO

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa meniliti semula buku teks sejarah tingakatan 4 yang sekakan telah dimanipulasi tangan ghaib kata EXCO Pemuda UMNO Malaysia, Aizat Azam.

“Saya mendengar kupasan yang dibuat di dalam forum berkenaan isi kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 semalam di ruang Facebook Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan saya percaya desakan ini perlu di ambil perhatian sepenuhnya bukan sahaja daripada pihak Kementerian malah rakyat secara keseluruhannya,” katanya ketika mengulas forum Diskusi bertajuk ‘Buku Teks Sejarah Dimanipulasikan – Komunis Pula Diagungkan’ yang di Facebook Ketua Pemuda UMNO Malaysia, malam tadi.

Menurut beliau lagi, isu kandungan Buku Teks Sejarah ini bukan isu politik bahkan ia bukan sahaja dibangkitkan oleh Pemuda UMNO tetapi tokoh akademik, sejarawan dan lebih 73 NGO yang bergabung di bawah PEMBELA sehingga menubuhkan Sekretariat Gabungan NGO menolak Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.

Tegasnya, sebagaimana yang didedahkan dalam forum malam tadi, banyak kesalahan dan manipulasi fakta dalam penulisan kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4.

“Bekas Pengerusi Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Kementerian Pendidikan Prof Datin Paduka Datuk Dr Ramlah Adam juga menjelaskan proses pembikinan Buku Teks Sejarah.Beberapa persoalan yang dibangkitkan antaranya:

” Kabinet mana yang meluluskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah yang dinyatakan Kementerian Pendidikan dalam kenyataan media mereka? Ini kerana 24 April 2018 yang disebut KPM sebagai tarikh DSKP diperakui sah adalah melewati tarikh Parlimen dibubarkan iaitu pada 7 April 2018.

“Sebagaimana prosedur lazim yang dijelaskan Prof Datuk Ramlah, setelah DSKP diluluskan, barulah proses penulisan buku teks akan bermula berpandukan kepadanya. Ini bermakna proses penulisan dan percetakan berlaku selepas 24 April 2018. Siapakah Kerajaan yang memerintah dari bulan Mei 2018 sehinggalah buku Sejarah ini dicetak sebagai Cetakan Pertama pada tahun 2019?

“Apakah benar ada ‘tangan ghaib’ daripada kalangan pimpinan politik sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Sekretariat Gabungan 73 NGO Datuk Yazid Osman dalam forum semalam? (Gabungan NGO ini juga telah membuat laporan polis mengenainya di seluruh negara awal minggu ini).”

“Justeru, Pemuda UMNO tegas membangkitkan isu ini atas dokongan kepada usaha yang dilakukan oleh 73 NGO, ahli akademik dan tokoh-tokoh sejarawan kerana Sejarah adalah penting dalam mencorakkan identiti, jatidiri dan akalbudi bangsa dan generasi pewaris negara,” soalnya.

Dalam pada itu katanya lagi, Pemuda UMNO juga mendesak agar Kementerian Pendidikan segera menarik balik buku sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara.

Tegasnya, siasatan polis segera dilakukan atas laporan-laporan polis yang telah dibuat oleh NGO-NGO seluruh Malaysia jika wujudnya campur tangan pihak-pihak tertentu dalam proses penulisan kandungan Buku Teks Sejarah Tingkatan 4 ini.

Berkaitan pelawaan dialog oleh bekas Menteri Pendidikan era Pakatan Harapan Dr Maszlee Malik, ianyanya hanyalah sandiwara YB Dr. Maszlee yang terkenal untuk meraih populariti murahan. Sebaik-baiknya, bekas Menteri Pendidikan itu haruslah menjawab segala persoalan yang timbul dan segala persoalan oleh pihak Polis nanti.

“Saya pasti Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah menyatakan pendirian beliau dan bersedia bersemuka dengan Dr. Maszlee di mahkamah. Itupun kalau Dr. Maszlee berani menghantar notis saman seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

” Isu ini bukan lah berkenaan Dr Maszlee dan melayani populariti yang ditagihnya tetapi ini adalah demi memastikan percambahan minda, pembinaan jatidiri dan usaha menanamkan sifat patriotisme di dalam jiwa serta pemikiran pelajar sekolah dapat diteruskan secara tuntas dan bijaksana,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat