KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lega apabila cadangan beliau untuk Kementerian Pendidikan (KPM) tidak melaksanakan ujian diagnostik khas kemasukan ke Darjah 1 bagi murid 6 tahun.
“Alhamdulillah. Cadangan saya di Parlimen diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terima kasih!
“Tiada lagi ujian kemasukan/kelayakan/diagnostik bagi anak anak yang berumur 6 tahun yang mahu masuk darjah 1.
“Tiada la sistem kasta pendidikan pada umur yang terlalu muda,” ujarnya.
Menurut Syed Saddiq, beliau membangkang dengan solusi kerana cintakan Malaysia.
“Yang baik dipersetujui, yang kurang baik diperbaiki.
“Always putting Malaysia’s interests first,” ujarnya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri itu.



