Selepas 22 hari di IJN, Tun M keluar sekejap nikmati kopi di pusat beli belah

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpeluang menikmati kopi sekali gus ‘outing’ dari Institut Jantung Negara (IJN) selepas 22 hari menjalani rawatan dan fisioterapi bagi pemulihan tulang pinggulnya yang patah.

Setiausaha Akhbar beliau Sufi Yusoff berkongsi foto bekas Perdana Menteri itu sedang duduk di kerusi roda di sebuah kedai kopi yang terletak di Pavillion Damansara pada Selasa.

Dalam kumpulan WhatsApp ‘Dr M’s Media Updates’, Sufi memaklumkan, Dr Mahathir masih belum discaj dari IJN namun dibenarkan pasukan perubatan untuk keluar sebentar menikmati udara luar dan menyeduh kopi.

“Selepas 22 hari ditahan di wad, ini adalah pertama kali Dr Mahathir keluar walaupun masih dalam rawatan.

“Cuma keluar untuk minum kopi,” katanya.

Sebelum ini, pihak perubatan dan doktor pakar buat masa ini berpuas hati dengan tahap kemajuan proses pemulihan dan rawatan yang dijalankan selepas beliau dimasukkan ke IJN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat