KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik mencadangkan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik semula sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sementara menanti kemunculan penggantinya.
Kata Mokhtar, cadangan beliau itu hanya untuk menenangkan keadaan bukannya memihak kepada Bersatu.
“Elok jugak Muhyiddin dilantik semula sebagai Pengerusi PN.
“Setidak-tidaknya sambil menunggu calon yang betul-betul layak iaitu calon yang tidak meminta-minta untuk dilantik dan meminta jawatan. Itu hadis Nabi yang selalu diperingatkan oleh Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Menurut Mokhtar lagi, kepimpinan itu tidak cukup sekadar cerdik, bijak, pandai bercakap dan berkarisma namun hendaaklah seorang yang lebih bertakwa dan tidak ghairah mendapatkan jawatan.
“Mungkin pemimpin itu akan muncul juga nanti.
“Jadi sementara itu eloklah Muhyiddin lead dulu bagi menenangkan keadaan.
“Sekadar sebuah lontaran. Jangan kata ambe Bersatu pulak atau pun nak tumbuk ambe sebab seperti tak berpihak kepada pimpinan sendiri.
“PN kan group kita jugak?
“Nanti tentunya orang yang terpaling Pas akan komen,” ujar beliau.



