Siapa Akan Tersingkir Selepas Mesyuarat MKT Malam Ini?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini menjadi tumpuan susulan penegasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan melaksanakan ‘pembersihan’ besar-besaran beberapa pemimpin.

Penyingkiran itu dibuat berkaitan tindakan sabotaj dan mengkritik kepimpinan parti termasuk juga beberapa perseteruan melibatkan keputusan parti terutamanya tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan kali ini.

Berdasarkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, mesyuarat MKT malam ini akan melakukan ‘pembersihan’ secara besar-besaran, yang secara tidak langsung memberi isyarat mengenai penyingkiran tersebut.

Antara pimpinan yang menjadi tumpuan ialah bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilihat lantang mengkritik pemimpin parti, dijangka akan diketahui malam ini berikutan tindak-tanduknya yang didakwa melanggar disiplin parti.

Selain Khairy nama lain yang disebut ialah Ahli MKT, Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Umno Johor, Datuk Hasni Mohammad juga Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, mengesahkan mesyuarat MKT malam ini juga akan memutuskan tarikh pemilihan parti termasuk bagi jawatan tertingginya.

Katanya, ia membabitkan pemilihan parti di peringkat cawangan dan bahagian, yang dijangka diadakan serentak bagi 191 bahagian seluruh negara, termasuk untuk memilih pucuk pimpinan tertingginya.

Sebelum itu, dua jawatan tertinggi Umno diputuskan melalui usul tambahan pada PAU 2022, tidak akan dipertandingkan.

Mesyuarat MKT dijangka akan bermula jam 9 malam ini dan setakat ini sudah ramai Ahli MKT hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat