Muka Dipenuhi Jerawat Angkara Produk Penjagaan Kulit Mengandungi Merkuri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Tak guna cantik sekejap tapi kena tanggung seksa muka dipenuhi jerawat,” kata Raja Balqis Nabila.

Itu sesalan terbesar seorang jurusolek apabila terpaksa menanggung derita akibat produk penjagaan kulit yang dipakainya itu membuahkan hasil buruk kepada dirinya.

Ibu kepada tiga anak itu mula memakai produk penjagaan kulit daripada Indonesia yang dikatakan mengandungi bahan merkuri selama enam bulan sebelum mengandungkan anak ketiganya.

“Saya tahu mengenai produk ni daripada laman sosial Instagram kerana ada seorang pempengaruh guna jadi saya tertarik untuk cuba.

“Walaupun saya tahu produk terbabit mengandungi bahan merkuri tetapi memandangkan ramai yang guna produk itu, kulit jadi cantik dan lawa saya tetap nak cuba,” katanya ketika dihibungi.

Menurutnya, pada fasa awal hasil produk terbabit amat meyakinkannya apabila kulitnya menjadi sangat licin.

“Mula-mula pakai selama enam bulan memang menunjukkan hasil yang memberansangkan apabila kulit jadi licin dan mulus.

“Tetapi ketika mengandung anak ketiga saya berhenti pakai. Saya hanya mula memakai kembali selepas bersalin dan waktu itu lah muka saya mula dinaiki jerawat secara mendadak,” katanya.

Terdahulu, Nabila memuat naik beberapa video yang menggambarkan keadaan kulitnya di TikTok.

“Sejak saya muat naik video mengenai muka saya di TikTok, ada orang cakap saya kena buatan orang la penyakit ain la.

“Tapi bagi saya, inilah bahaya produk merkuri. Kita memang akan rasa cantik sekejap tapi bila dah berhenti pakai muka akan jadi ‘breakout’ dan lama kelamaan jadi makin teruk,” katanya.

Nabila percaya, bukan dirinya sahaja yang mengalami nasib malang yang sama malah terdapat ramai lagi pengguna bahan merkuri yang menganggung siksa yang sama.

“Bukan saya seorang sahaja yang kena tetapi ramai orang di luar sana guna dan bila berhenti guna terus muka jadi teruk.

“Jadi, sebelum nak beli produk penjagaan kulit, saya sarankan buat kaji selidik terlebih dahulu tengok produk terbabit ada bahan merkuri atau tidak. Nanti jadi macam saya. Nak menyesal pun dah tak guna,” katanya.

Berkongsi lanjut kisahnya, dia turut berasa tertekan dan malu dengan keadaan kulitnya memandangkan sumber pendapatannya memerlukan dirinya berdepan dengan pelanggan.

“Memandangkan saya jurusolek, ada masa saya rasa rendah diri dan malu apabila nak solek bakal pengantin.

“Tetapi, memikirkan itulah sumber pendapatan saya, nak tak nak saya kena teruskan juga.

“Tambahan suami sentiasa bagi semangat dekat saya bila saya malu nak keluar rumah dan terima kekurangan pada diri saya,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat