Lebih 450,000 Penerima Mula Terima Pelarasan Kos Sara Hidup – PERKESO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah melaksanakan pelarasan kos sara hidup bagi semua penerima faedah berkala dan kenaikan kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan PERKESO berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, pelaksanaan kedua-dua inisiatif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 456,000 penerima faedah PERKESO.

Menurutnya, mereka adalah penerima faedah PERKESO di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan di bawah Akta 4 seperti:

i. Faedah Hilang Upaya Kekal
ii. Faedah Orang Tanggungan
iii. Pencen Ilat
iv. Pencen Penakat

“Pelarasan yang dilaksanakan kepada faedah berkala dan pencen yang dibayar kepada penerima faedah PERKESO berupaya membantu mereka menangani peningkatan kos barangan dan perkhidmatan di negara ini, terutamanya dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurutnya, Inisiatif pelarasan kos sara hidup bagi penerima faedah berkala sedia ada dan kenaikan kadar pencen minimum adalah lanjutan daripada Kajian Penilaian Aktuari ke-11 oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan mengambil kira keadaan sosial dan ekonomi semasa di Malaysia, kesan daripada pandemik COVID-19, peningkatan kos sara hidup dan kenaikan kadar inflasi.

Katanya, kedua-dua langkah tersebut akan melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM234 juta.

Dalam pada itu, Mohammed Azman berkata, pelarasan Kos Sara Hidup untuk faedah berkala PERKESO kali ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 penerima faedah dan membabitkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM213 juta.

“Sejak 1977 sehingga kini, pelarasan Kos Sara Hidup bagi bayaran faedah berkala PERKESO telah dibuat sebanyak 12 kali di bawah Skim Bencana Pekerjaan dan 10 kali di bawah Skim Keilatan,” katanya.

Kadar pelarasan Kos Sara Hidup bagi penerima faedah berkala PERKESO yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 adalah antara 0.7 peratus hingga 9.4 peratus mengikut tarikh terakru (tahun pencen diterima) dengan peratus pelarasan seperti berikut:

Sementara itu, Mohammed Azman berkata, pelaksanaan kenaikan Kadar Pencen Minimum di bawah Skim Keilatan ditingkatkan daripada kadar sedia ada iaitu sebanyak RM475 sebulan kepada RM550 sebulan.

“Peningkatan Kadar Pencen Minimum ini akan memanfaatkan kira-kira 56,000 penerima faedah dalam membantu mereka menangani peningkatan kos sara hidup. Peningkatan ini akan melibatkan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM21 juta,” ujarnya.

Menurut beliau, adalah menjadi harapan PERKESO agar kedua-dua inisiatif ini akan dapat meringankan beban kewangan, meningkatkan kesejahteraan dan memenuhi keperluan sosioekonomi penerima faedah PERKESO. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat