Rakyat Sabah Lega Kejayaan Awal Malaysia Ketepikan Tuntutan ‘Waris Sulu’ Di Mahkamah Luxembourge

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Kejayaan awal Malaysia ketepikan perintah penahanan terhadap aset dan kepentingan negara yang difailkan oleh warisan kesultanan Sulu di mahkamah di Luxembourge memberi sedikit kelegaan kepada rakyat Sabah.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin bagaimanapun berkata, kejayaan awal itu belum sepenuhnya menamatkan tuntutan waris kesultanan Sulu dan diharap ia terus menjadi pencetus untuk penolakan tuntutan daripada pihak berkenaan.

Katanya, sebagai sebuah negara berdaulat, kekebalan kedaulatan Malaysia diiktiraf dan dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.

“Sebarang bentuk tuntutan dan penguatkuasaan penghakiman terhadap Malaysia adalah melanggar prinsip dan doktrin antarabangsa mengenai kekebalan sesebuah negara.

“Meskipun kejayaan awal Malaysia mengenepikan perintah penahanan ini bersifat relief interim dan belum sepenuhnya menamatkan tuntutan waris kesultanan Sulu di Luxembourg, Sepanyol dan Perancis, namun diharapkan menjadi pencetus dan dorongan kepada mahkamah di Sepanyol dan Perancis untuk menolak tuntutan waris kesultanan Sulu,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bung Moktar yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, UMNO Sabah sentiasa mengikuti rapat perkembangan kes litigasi membabitkan tuntutan waris kesultanan Sulu di beberapa negara di Eropah seperti Luxembourg, Sepanyol dan Perancis terhadap kedaulatan wilayah Sabah.

“Adalah menjadi pendirian tegas UMNO Sabah bahawa Sabah adalah sebuah wilayah merdeka serta berdaulat dan telah memilih untuk bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Malaya (Tanah Melayu) untuk membentuk Malaysia.

“Apa jua usaha dan cubaan untuk mencabar kedaulatan negara akan ditentang habis-habisan,” katanya.

Sehubungan itu, Bung Moktar berkata, UMNO Sabah menggesa kerajaan Sabah mengeluarkan kenyataan umum dan mengambil ketetapan yang sama dengan segera sebagai tanda keseriusan dan solidariti bersama rakyat Sabah.

Sebelum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan bahawa Malaysia memperoleh kemenangan penting terhadap individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu selepas Mahkamah di Luxembourg pada 24 Januari lalu mengetepikan perintah penahanan yang dipohon oleh pewaris berkenaan. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat