Skim Biaya Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Johor Dimuktamad Bulan Depan – MB

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersetuju untuk menjadi pemudahcara bagi pelaksanaan skim pembiayaan pinjaman perusahaan kecil sederhana (PKS) dan perusahaan mikro bagi memastikan kelangsungan perniagaan peniaga di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, usaha itu antara lain bertujuan merancakkan lagi ekonomi negeri selain membantu peniaga PKS dan perusahaan mikro di negeri ini.

Beliau berkata, Skim Pembiayaan Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Negeri Johor itu akan dimuktamadkan bulan depan.

“Selepas berbincang dengan delegasi Bank Rakyat Bhd, kerajaan negeri bersetuju untuk memudahcara Skim Pembiayaan Pinjaman PKS dan Perusahaan Mikro Negeri Johor, bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

“Jumlah pembiayaan pinjaman adalah antara RM50,000 hingga RM500,000,” katanya menerusi hantaran baharu di Facebook, hari ini.

Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri juga akan menanggung 100 peratus kadar faedah pinjaman ke atas perusahaan mikro serta hampir separuh daripada kadar faedah ke atas PKS bagi terus membantu para pengusaha itu.

“Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan aset melebihi RM115 billion.

“Sebagai agensi di bawah Kementerian Pembangunan Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), kerjasama ini diyakini dapat membantu kerajaan negeri melonjakkan semula ekonomi di Johor, selari dengan usaha dalam meningkatkan lagi prestasi sektor industri yang lain,” katanya.

Onn Hafiz memaklumkan bahawa kerajaan negeri memandang serius akan cabaran yang dihadapi PKS dan perusahaan mikro serta berharap inisiatif yang dilaksanakan itu akan menjadi satu lagi pemangkin bagi perniagaan para pengusaha dan peniaga terus berkembang maju pada masa akan datang.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan delegasi Bank Rakyat Bhd yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah.

Hadir sama, Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Bank Rakyat, Mohamad Shiblie Abg Sapuan; Naib Presiden Kanan PMKS dan Koperasi Bank Rakyat,Tun Yazli Hismul Asri Yaacob dan Pengarah Eksekutif Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB), Mohd Radzi Mohd Amin. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat